Pages

Pages

January 21, 2016

banana split | pisang terpisah

Aiskrim adalah makanan kegemaran Fadya masa dulu, sekarang makan tak abis. Kami tidak perkenalkan pun. Faiq lah mulanya masa dia kecik suka panggil yogurt tu aiskrim. Tak pastilah sejarah yang sebenar, mungkin Tokwan pun suka aiskrim, cucu pun ikut kut. Yang jelas saya pun terjebak. Faiq ni pula suka suka ja nak perhatian cakap nak aiskrim juga. Bila sampai di baskin robbins, banana, penjual tu tanya "banana split".?  Yeah banana split not icecream. Penjual tu baik hati, bagi free je kat Faiq.
Mom and daughter had icecream, son had only the banana at icecream parlour
Saya rasa dah datang kedai aiskrim kenalah beli aiskrim walaupun pisang tu terpisah terus dari aiskrim. Terpaksa lah kami, mama doter makan aiskrim bersama, si Faiq terasing di atas kerusi dengan sebiji pisang sorang sorang.

susu kambing | Remedy

Sesedar saya tak pernah minum susu kambing, baru ada sekotak kat rumah ni. Bersyukur, setiap kali dapat meminum susu yang Nabi saw juga minum. Keep calm ok yang tak minum sebab kita makan dan minum yang didapati di negara kita dulu. Susu lembu juga dariNya. Susu fresh milk kami dapat percuma, rezeki dariNya juga  jadi saya tak beli lagi susu omega. Kebaikkan susu ni boleh hilangkan toxic rupanya, bila google termasuk la susu unta boleh menyembuh penyakit lagi. Baru dapat menikmat susu kambing , nak kena cari susu unta pula.

Ringankan minda dengan berdoa semasa menyediakan makanan untuk keluarga dan diri sendiri. Lebih baik amalkan ini kerana Faiq minum air kosong ja yang di selawatkan jugak bila ingat, Fadya la dah minum susu fresh tanpa perasa. Dalam gambar tu dia conquer la benda manis manis ni sweet tooth dia ni.  Ye baru ni saya pegi pasar malam ada penjual susu lembu segar, tak beli pulak sebab penyediaannya kena mendidih betul2. Dulu emak memang order susu segar ni. Tah la napa tak beli hari tu..

latihan menulis | faiq writes

Saya nak pastikan Faiq boleh menulis dengan saiz yang sama. Saya tak pernak check atau buat latihan dengannya. Saya rasa puas hati bila Faiq boleh hafal surah-surah untuk umurnya 5 tahun. Tetapi menulis sama penting. Ya Faiq sekolah pra-Tahfiz tahun lepas, tak da homework. Cuma homework menghafal ada video nanti saya share.
A Happy Fat Cat
Tahun ini saya panik bila lihat penulisan Faiq, umur nak masuk 6 tahun menulis kecik besar. Ni 3 minggu lepas. Belum buat latihan, saya ambil video Faiq menulis, hanya suruh begitu ja dengan suara perlahan ikut ja buku mana-mana. Saya bercakap perlahan sebab Fadya terasa saya terlalu fokus dekat Faiq. Dia pun nak baca buku, baca A for Apol, B for Bee, kuat kuat... dalam video ni sebab nak perhatian juga. Hasil tulisan Faiq tu 3 minggu lepas, en hubby suruh practice lagi.