Pages

Pages

January 3, 2016

selfie vs camerahubby /doa

Bila tengok foto saya dengan Faiq ni, teringin sangat nak suruh hubby petik sekali lagi camera tu. Tula hakikatnya waktu makan jangan mengganggu sesiapa pun yang baru nak makan. Kalau hubby sudi pun Faiq tak sudi nak bergambar lagi. Dia pun dah pandai cakap dia "busy". Fadya lagi siap cakap "fadya tired" fadya penat", bila saya ajar membaca atau untuk bergambar. Perkataan ni semua mungkin dari saya atau kartun peppa pig cartoon character. Duk berblog ni, teringat esok, dalam hati mendoakan Faiq mudah dan happy ke sekolah, itu lebih penting. InshaAllah. Dah siapkan beg dan uniform.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku -Surah Taha 20:25.  Dan mudahkanlah bagiku, tugasku - Surah Taha 20:26

Ini salah satu activiti, baca tafsir al quran. Ambik ayat yang menusuk hati. Moga ayat yang lain pun ingat juga tapi Alhamdulillah setengah ayat saya teringat-ingat ja.

Love always..

mop pole / batang mop

Salah satu activiti saya ialah suka ambil gambar rumah, trendkan, tiru-tiru ja tapi rumah biasa di sembunyikan dengan filter. Tapi dalam foto ini ada batang mop. Saya sendiri rimas tengok batang mop tengah-tengah dunia tapi terpaksa saya letak di luar bilik air sebab beberapa kali saya tengok ada air dalam timba tu. Mungkin air mandian tersimbah masuk kut. Risau ada nyamuk masuk. Saya keluarkan dari bilik air. Letak tepi pintu bilik air, terpampang sebatang kat penjuru tu.
Bila ada mood nak ambil gambar tak ternampak mop tu. Snap ja. 
Bila nak post baru ternampak semua tu. Nak ambil lain, dah tak semangat. Jadila jalan cerita simple2 ni dengan adanya semak phone ni.
Almaklumla nak berblog kembali kan..kira warm up ni. Mop pole not as decor by the bathroom door. Irritates but practical.

Fadya eats at the table / Fadya duduk diam sekejap

Macam-macam diminta Fadya waktu kami mula makan. Cakap elok-elok, sekejap ja dia duduk, bagi tablet, dia tengok berapa minit ja. Lepas tu tah fikirannya nak apa tah la. Macam Faiq pun sama masa 3 - 4 tahun. Sekarang dah memahami. Tapi hari ni saya marah Fadya, kenapa tak nak duduk tadi, dia cakap dia aiskrim  Ehhh saya dah tanya sebelum duduk lagi nak aiskrim ke tak, dia cakap tak mahu sebab nanti dia batuk dia cajao sambil berlakun batuk. Saya bising lagi esok tak boleh ikut lagi. Kalau nak ikut kena duduk, janji. Fadya cakap janji. Kadang tu saya cakap mainan kegemarannya pun ingin makan bersama. Sempatla kita org makan..

Feeding stuffed toy mmm

Caitan dari hati...

Happy 2016

Assalamualaikum and greetings to blogger friends,

Cuti-cuti ni baru ada kelapangan nak jenguk blog. Ni pun anak-anak dah tidur. Moga tahun baru ni lebih ada masa untuk berblog dengan penuh kecemerlangan. Happy new Year.
Fadya hesitates to eat at the table. Kena pujuk.
Salam rindu..

fadya pays the bill / bayar bill

Saya nak cuba berblog setiap hari. Hari ni tentang Fadya lagi yang dah boleh tolong bayar bill. Tahun ni Fadya akan masuk 4tahun  Dengan Fadya ni saya layan dia macam baby baby lagi. Kat sekolah teacher pun anggap macam tu. Bila saya sembangdengan tchr. Tchr akan cakap look at her face shes still a baby, tapi ni tahun lepas lah hehe.. tahun ni tak pasti la. Fadya ni pandai bercerita, mengadu apa tchr dia lakukan. Biasa saya akan  sembang dengan Tchr. Tchr akan sebut apa yang berlaku. Memang berkenaan. Kadang rasa funny pulak. Contoh, Fadya peluk tubuh Tchr said no milk kan. Tchr akan cakap hari principal masuk tengok Fadya minum susu dengan penuh berehat dengan kaki macam ni, relax sangat, principal cuma cakap "cepat abiskan dah nak mula belajar". Untuk saya, fadya 3 tahun bagitau macam tu rasa cute sangat. Ok nak sambung tido sebab tertido sebelum solat isyak. Sayangkan kalau tidak bole solat tahajjud. Light and enlightenment always..
Yeah you got the balance and the receipt :)