Pages

Pages

September 10, 2014

beautiful inside out / cantik dalaman dan luaran

Bila ingat balik, rasa bersyukur juga dengan pembantu terdahulu kerana dia, saya dapat tahu tentang minuman jamu yang sedap dan membersih dan memberi kesihatann yang baik.Bukan itu saja, lihat kuku pun suka sebabnya pink dan bahagian panjang skit tu warna putih pekat dan kuat (macam french menicure). Rambut pun lebat dan paling ketara gigi terasa kuat dan sihat yang lain-lain dari dalam dan luar. keliling mata lebih bersih, warna sama tone (kira eyebag / dark circle hilang pernah dengar sebab dalaman bersih keliling mata sihat wallahualam) badan ringan tu memang rasa lagipun sebab ada halia kan..

kalau nak cuba, saya kongsikan bahan-bahan dan cara membuat minuman jamu ini dibawah tetapi tentang elok ke untuk masa panjang tak pasti, untuk dapat baby sesuai ke tak pasti, yang pasti rasa sihat dan kerana membersih dalaman bole terhamil lepas minum air jamu ini, jadi berhati-hati :) memang ada kisah benar berlaku..selepas menikmati home made jamu

kunyit 1-2 inci
halia 1-2 inci
sirih 3 helai
gula batu skit
asam jawa 1.5 camca besar
250ml - air agak2 separuh periuk sederhana besar

bahan di atas direbus 10 -15 minit. bila suam boleh ditapis dan diminum, jika di sejukkan lebih segar. Tips ini jatuh kategori bersyukur kerana terlalu lega dengan keberkesanannya.


spirited with gratefulness / bersemangat dengan kesyukuran.
pic hiasan faiq in the sky