Pages

Pages

July 3, 2014

Sedih, cuba empati / Sad, try emphaty

Memang sedih bila Pemilik Tadika/principal Faiq tegur yang Faiq tak mau buat itu ini...dalam kata pendek Faiq tak dengar kata.Tambah-tambah depan Faiq..kalau boleh bagitau la masa Faiq tak da. Saya dengar ja..
Beberapa isu jugakla..

Hari ini saya bangkitkan satu isu dan yang  berhubung kait isu yang sama saja dulu.
Principal cakap Faiq makan nak bersuap ambik masa sampai 45 minit...
Faiq tak sama dengan budak lain..

Yang ni terpaksa saya suarakan..Saya cakap pasti dia lain tapi dari segi apa, Principal cakap budak lain makan apa saja, tak memilih..

Saya call en hubby, dia kata sekolah ada "slack" kat mana-mana tu...en hubby kata nanti tukar sekolah kut...

tak mungkin sebab saya terbaca surah Al-Ahzaab :16

Katakanlah "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja.


Saya pun cakap tak pa la nanti saya call Principal dulu...sebab saya tangkap komen en hubby slack sekolah tu mungkin ada salah pengurusan mungkin betul jugak saya rasa..saya pun masuk diri (empati) saya bahagian Principal dan sekolah ...

Jadi saya call Principal.

Saya mula dengan soalan bagaimana hendak kendali Faiq untuk memudahkan guru-guru...belum principal jawab, saya sambung lagi..

Faiq dah makan lambat dan kena suap lagi...jadi saya cadangkan skip je sesi tu..nanti Faiq balik makan kat rumah lagipun cuma 2 jam je lambat, saya sedia snack dulu ( ya saya letak Faiq lebih masa yang disarankan oleh Principal sebab nak buat homework bersama murid lain)

Principal cepat ja suka hati cakap nanti dia cakap dengan Teacher kelas tak perlu suap Faiq lagi..

Principal cakap dia hormat keputusan saya untuk tak beri makan dulu tu atau sedia bekal... nanti dia bagi tau progress Faiq..

Dalam hati saya tak pasti kenapa Teacher suap nasi kat Faiq. Faiq bole makan dengan camca ataupun tangan. Faiq memilih tu saya faham, rasa budak lain pun ada citarasa masing2.

Kesimpulan Teacher suap Faiq tu membuang masa duduk di kerusi makan, jadi Principal tak suka..saya pernah dengar aircond pun tak boleh tinggal seminit pun kalau murid tak da, kadang tu join class lagi sebab nak save current. satu ketika tingkap tanpa grilĺ terbuka sebab guna kipas.

Insiden ini menyedarkan saya bahawa Principal tak dapat tegur Teacher, Faiq tàk ditegur makan sendiri. Komunikasi memang penting. Nanti sambungla :) Walaupun senyum saya soĺat hajat jugak nak tenang..