Tersebut kisah tentera Iskandar Zulkarnain melalui sebuah terowong
yang tersangat panjang dan gelap. Terpijak oleh mereka batu-batu yang
menyakitkan kaki. Ada orang berkata sebenarnya terowong itu dipenuhi
oleh emas, intan dan berlian. Ada yang percaya, tetapi ada yang lansung
tidak percaya.
Yang percaya mula mengutip apa sahaja yang tercapai oleh tangan
sehingga penuh kedua-dua tangan mereka. Ada yang membuka baju
masing-masing dan membuat bunjut sehingga penuh bunjut, dimasukkan pula ke dalam mulut-mulut mereka. Yang tidak percaya tidak mengutip apa-apa berlalu begitu saja.
Bila hampir sampai ke hujung terowong, cahaya samar-samar yang
menyuluh hujung jalan itu sehingga ternampaklah oleh mereka betullah di
dalam terowong itu dipenuhi intan berlian. Ada yang meminta kebenaran
dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah semula untuk mengutip segala
khazanah berharga tersebut tetapi tidak dibenarkan. Semuanya menyesal,
menyesal yang amat sangat...
Yang paling menyesal adalah mereka yang lansung tidak percaya. Yang
percaya tapi hanya mengutip sedikit pun menyesal. Yang mengutip banyak
sehingga penuh baju dan mulut mereka pun menyesal.." kenapa aku tak
pinjam baju kengkawan, boleh isi banyak lagi. Dan yang paling menyesal
juga adalah mereka yang mengutipnya tetapi dek penat oleh perjalanan
yang jauh itu lalu dibuang kembali apa yang dikutip itu.
|
google imej | | | |
*********************************************************************************
Ulasan Iktibar dari saya - babYpose
Percaya rezeki itu hanya dari Allah swt, jika tergerak untuk mengambil permata itu kerana Allah yang gerakkan hati ni maka ia rezeki. jika tidak bukan rezeki. Jika tidak bersyukur sudah perolehi permata yang berharga maka akan terasa buntu kerana tiada sesiapa Allah menghantar untuk membelinya juga tiada harganya, jika bersyukur hanya menyimpan permata itu menjadi berharga suatu hari nanti itupun jika Tuhan yang tentukan. Contoh hamba Allah itu ada rumah yang besar di lokasi yang mewah, tetapi tiada siapa mahu membeli pun rumah itu maka rumah itu tiada harga, semua bergantung kepada Tuhan yang menentukan (cerita benar : dimana penduduk disitu terdiri dari orang yang kaya terlalu kaya, yang miskin terlalu miskin, jadi rumah itu tak dapat dijual kecuali ada orang kaya lain yang mahu membelinya tetapi sukar kerana orang kaya lain sudah ada rumah). manakala ada yang bersyukur rumah tepi jalan dan ingin menurunkan rumah itu kepada anak-anak, tak mahu jual tapi kerajaan nak ambil perbesar jalan, dapat rezeki duit pula ..semua pinjaman dariNya yang penting berdoa, dari tiada apa pun boleh ada sesuatu bila bersyukur kerana kita nampak yang ada. Seperti masuk terowong itu, pengalaman usaha masuk terowong itu lebih bermakna dari pengetahuan - knowledge is good experience is better. Tentang tolak rezeki atau buang permata itu kerana terlalu berat tanggungannya, ambil hikmah dari situ kerana tiada rezeki wang tapi ada rezeki kesihatan diberi atau rezeki masa seperti kerja siang malam, terpaksa tak kerja malam demi rezeki kesihatan. walaupun gaji malam lebihkan ...ini contohla :)
Malay
Dan
kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka
akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana);
akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu
sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan
mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
- Surah Ash-Shuraa :27
If
Allah were to enlarge the provision for His Servants, they would
indeed transgress beyond all bounds through the earth; but he sends (it)
down in due measure as He pleases. For He is with His Servants
Well-acquainted, Watchful.
Assalamualaikum semua..entri di atas tu adalah SEGMEN yang julung-julung
kali saya (blogger Nor Azimah) buat semenjak saya berblog ni, puas saya memikir-mikir
macamana saya nak buat sebuah segmen yang darinya sesiapa yang join
dapat sedikit ilmu dan iktibar, so inilah dia..senang je..ceritanya ada
IKTIBAR nya, bagi sesiapa yang dapat memberi ulasan atau iktibar yang
paling tepat, in shaa Allah ada hadiah yang tak seberapa untuk kengkawan
yea.
Syarat nak join mudah saja.
1. Sudilah follow blog saya, jadi teman ukhwah saya. ( kawan yang dah sedia follow pun boleh join)
2. Kalau sudi jadikan saya dalam bloglist anda. ( taknak pun takpe )
3. Copy cerita di atas tu, beri komen berbentuk iktibar dan backlink ke sini.
4. Tinggalkan URL entri kat comment box.
5. Segmen ni akan berlansung sehingga 31/12/2014 sahaja. So ini adalah
sticky entri, untuk entri baru sila skroll ke bawah, tq....tapi rasanya
untuk tempoh ni, takde entri kot, sbb nak BW ke semua blog kengkawan
baru yang sudi join di sini.
Oh ya..satu lagi khabar gembira yea..( gembiralah sangat kan, gembira bagi saya ofkoznya )...kepada rakan follower baru saya akan follow back dan jadikan anda sebagai bloglist saya juga. Haaa..so tak rugi join tau.