Pages

Pages

August 22, 2014

Al-Fatihah / The Opening / root cause/ akar umbi punca

Sejak beranalisa sesuatu yang berlaku saya berpesan dan mengamalkan untuk  memulakan hari atàu apa pun dengan mengucap

A`ūzu billāhi min ash-shaitāni r-rajīmi

aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

biasa hanya Bismilahirahmanirrahim..kecuali dalam solat atau mengaji Àl-Quran.

kerana root cause/akar umbi punca adalah to protect/menlindungi dulu.
Sejak akhir ramadhan dan masuk Syawal diberi kesedaran ini.


"I seek refuge in Allah from Shaitan,the accursed one


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds;
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Most Gracious, Most Merciful;
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Master of the Day of Judgment.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Thee do we worship, and Thine aid we seek.
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Show us the straight way,
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


August 21, 2014

Naik bas / Bas ride / pesanan / message

lepas makan singgah makan yogurt ke jadi macam ni

Hari ni Faiq akan menaiki bas bersama guru dan kawan-kawan ke universiti berdekatan kerana sekolah menyewa dewan disana. Saya menyediakan sarapan dan air untuk Faiq.

Teacher whatsapp untuk ingatkan pergi awàl dan keperluan untuk dibawa sekali. Saya balas whatsapp kepada teacher.

"Semua ok, cuma Hari ni Faiq minum susu awal, bila nampak Faiq macam nak perhatian suara terlebih bising, terlebih lari dan perlu bertenang, suruh Faiq minum air dulu dalam pukul 1 baru ada susu."

Sekarang saya rasa kurang yakin pula, patut ke saya whatsapp macam tu kat guru?



Today Faiq is going on a bas to a university nearby as they rent a hall there.
I had prepared breakfast and water bottlle for him.

Teacher whatsapp to remind us that Faiq needs to go early and some stuff to bring along. I replied to teacher like this.

"All set, it just that today Faiq had milk early in the morning, if he looked restless and need attention or to be calm, ask him to drink water first, by 1 pm he'll get his milk"

Now i am not sure should i send message like that to the teacher?".


August 20, 2014

Adakah kehidupan anda apa yang anda impikan / Are you living your dream?

Mood raya atau bercuti sudah saya tinggalkan, hanya fokus persekolahan Faiq dan minda memikirkan tentang membina perniagaan. ingin menjemput kawan-kawan didalan gambar tu pun tak berani, pic pun dikaburi kerana belum tanya kebenaran..

Selepas kelas make up tu saya diberi buku "Are you living your dream atau tajuk dalamm bahasa ialah "Adakah kehidupan anda seperti yang anda impikan". Yang pasti saya tinggal di lokasi yang saya rasa biasa  ja tapi tetap bersyukur dan rasa  seronok juga. Tapi sponsor saya yang memperkenalkan perniagaan ini tahu yang saya lebih mengimpikan lokasi yang lain, memang benar dan menantikan impian menjadi kenyataan.

Dalam buku tu ada menyoalkan bahawa adakah saya mahukan lebih dari hanya hidup? Atau akan saya terkeluar dari hutang? Adakah saya puas hati dengan kehidupan ini?

Sponsor saya cakap "berimpian itu adalah doa". didalam hati saya patut bersyukur apa yang ada dan salah satu yang ada adalah "berdoa"  seperti dalam surah Al-Ghafir:60.

Call upon Me; I will respond to you.



August 19, 2014

bunga api pertama / first sparklers

bersyukur dapat bermain untuk pertama kali dengan beĺakang berview cahaya puncak kembar KLCC /
grateful got to play for the first time with the light of KLCC twin tower peak on the background.


August 18, 2014

Dugaan / obstacles

hala ke bilik make-up / rakan blogger dijemput ke Kayu Arà Spa dan beritahu nama babYpose untuk menikmati diskaun.


Dugaan yang lucu, logik dan realiti bagi saya untuk membina perniagaan ini dengan permulaan mengadakan kelas make up. Nak menjemput pun fikir dua tiga kali. Bila jemput ada jawapan line tak clear, bulan depan baru ok sebab giliran orang lain jaga nenek.

Ada beritahu nak pegi  jogging paģi tu maybe tak sempat. Ada tak jawap terus haha.. faham sangat hehe. Ada yang cakap nak buat apa pun tak semangat kalau tak kahwin lagi. Ada yang pergi mengaji yang tu bagus. Ada yang terus terang tak minat make up. Ada yang setuju dàtang rumah mereka untuk demo, bagus info ini.

Saya beritahu emak saya, paling nak tergelak emak tolong jadi secretary pulak, call sana sini, semua ada open house sana sini.

Adoi nak berjaya bukan senang...

oh ya, lagi 2 minggu ada kelas memasak :)

english version
I find the obstcles are so funny  yet logical but reality to start the business by inviting to our make up class session. Some say need to take çare grandys this month and next month should be ok.

Some need to go for jogging that morning, some not have even have spirit to do anything unless get married. Some go to cite Al Quran which is goid to me. Sone want me to go to their home for demo, thats a valuable info.

Made me laugh out loud when mom helped to cal here and there but they were in festives moods.

Phew its not easy to be successful i tell you... but we have cooking demi in the next two weeks  :)





August 15, 2014

Masa bersama yang dihargai / Moment we treasured

Fadya memerhati DYMM Tuanku dengan penuh minat
Fadya looked at DYMM Tuanku with full of admiration.
Ampun Tuanku, Junjung kasih Tuanku with Love.

August 13, 2014

Jemputan Make-up Class / window shopping rotan

Sejak saya sudah mula bekerja membina perniagaan. Saya ingin menjemput rakan-rakan blogger ke Kelas Make Up dan sesi Peluang Perniagaan di T Spa dekat One Utama atau Bangunan TV3 pada hari Sabtu 16 Ogos 10 am - 1 pm. RM10. Semua peralatan disediakan dan kelas adalah hands-on. Anda boleh jemput kawan dan bawa kawan bersama jua. Hubungi saya kedatangan anda dan untuk alamat penuh lokasi di email babypose@ymail.com. Terima kasih.



Make Up Class and Business Opportunity session at T Spa near One Utama  or  TV3 Building, Saturday 16 Aug 10am to 1pm. RM10. All materials provided and the class is hands-on. You can invite and bring your friends too. Please advise me your attendance and detail location by email babypose@ymail.com. Thank you.

berpeluh-peluh panjat kayu kayan

August 12, 2014

dekor dapur ala kedai tomyam :) / tropical decor

Tutup dengan tikar ala kabinet menutup pipe bawah sink. Yang mewah skit di atas sink tu ialah E-Spring water filter dari business sendiri heee :) plastic drawers kat tepi.

August 11, 2014

kebahagiaan berganda / double happiness / wedding

saya menghadirikan wedding of the year, anak jiran emak bapa saya. anak jiran kelulusan kedoctoran dan menantu pun sama. Yang memberi speech pun pun doctor iaitu kakaknya dan abang ipar juga seorang doctor.

rasa sayu bila ingatkan masa kecil mereka tapi sangat meminati keluarga ini bersatu menjayakan majlis. Dan persembahan nyanyian diterbang dari Arab Saudi iaitu aunty mereka.

"Mengingatkan majlis perkahwinan saya yang sangat simple yang didoakan oleh abang sendiri, MC sepupu yang cantik, khatam quran anak anak buah sendiri, ucapan dari kakak sendiri, slide show diusahakan oleh adik sendiri, persembahan dari anak-anak buah bermain guitar dengan lagu "to love somebody". akhir sekali saya diucap tahniah dari seorang student senam saya iaitu anak dato' pemilik channel TV (jiran lama patents juga), menyatakan dia akan buat wedding macam wedding saya,  dia suka sangat, rasa honoured juga dapat complement macam tu dari orang yang berada, yang kapal layar beberapa bilik ingin buat kenduri yang kecil ja. Sangat bersyukur, entri ni buat saya Rindu dan cintanya kat  en hubby heee :) beliau la watak pertama :)"

parents duk sembang
anak buah melarang berflash kerana mengganggu suasana

majlis akad nikah mereka di Carcosa Seri Negara. Sampuk emak, memberitahu rakan semeja bahawa lagu yang dipasang adalah lagu "Everything i do, i do it for you" Rakan semeja yang  dari singapore tu terkejut seorang "nenek" tahu lagu itu. Penyanyinya "Brian Adam" sambung emak saya, tergelak besar mereka sambil berkata nenek tercanggih yang kami pernah jumpa haha..

Bila nak bergambar pulak, emak enggan bergambar sebab takut  gambarnya "merosakan facebook", lagila mereka tergelak..


Kakak saya pula tak sabar nak buat kenduri juga, nak simple yet personal.. saya cakap buatla tepi pantai macam kawan saya buat tepi pantai, semua hadirin sangat sporting berpakaian tema turquoise... dia cakap nak lebih kurang macam tu...


August 9, 2014

Solat Raya di Kempas

Di pagi raya kami sempat bersolat raya di sebuah masjid di Taman Kempas. Khutbah yang diberi sangat compact penuh makna, "saya mengingati diri saya dan menyeru umat Islam supaya bertaqwa kepada Allah swt. Ayat inilah dimulakan oleh Imam masjid di situ...

Tak sempat nak berfeeling di pagi raya, Fadya cepat bangun mencari papanya...


Fear Him for betterment, do what had asked, leave what had warned, InshaAllah.

August 8, 2014

Langkah pertama Berbisnes /A step to business

lepas bersalin cari jeans berbunga :)
english version below -
Selepas keputusan dibuat, sponsor saya yang memperkenalkan bisness beri sebuah buku "berfikiran luas"/ thinking big  tajuknya- salah satu topik ialah "Dress right" / berpakaian betul. Adoi permakaian saya ni memang lain dari lain. Ada yang tegur iaitu Investor (ni masa nak jual baju baru ni, kami pergi survey, partner saya tu cakap dia tak pernah tengok orang lain berpakaian macam saya. Tergelak kami berdua. Rakan sekerja saya dulu pun cakap saya dibesarkan oleh siapa dan suasana bagaimana, sangat berbeza perwatakkan dari kawan-kawan lain dari segi permakaian. Jadi, sekarang saya pun naik takut nak pakai macam mana mmmm..dalam topik ini juga menekan "look important" iaitu "Tampak penting" seperti orang pandai, bijak, properous (makmur/mewah) dan boleh diharap "dependable". so macamana ek...kalau bijak baik saya jadi Tun Mahathir menjaga satu negara ke... nanti jumpa rakan sekerja saya yang cerdik dulu pasti komen tak kisah pakai je, masa Ihram pakaian sama ja.. sangat betul.

english version -
After I've made the decision to do this business, my sponsor who had introduced the business to me had given me a book titled "Thinking Big". One of the topic is "Dress right" Phew this is heavy case my dressing is diffrent to people's eyes. I got commented by my investor at that time we wanted to sell dresses, she said never seen anyone wears like me, it cracked the joke and found it funny. My previous colleague also wondered how my upbringing environment and people around me was as so different personality than other friends. Those statements demotivate me to dress how up or down mmm...In this topic highlightef to  "look important" like clever, intelligent, prosperous and dependable. So howw...if i had to look intelligent, i might already be like Tun Mahathir ran the country not a business. I am also sure that a smart friend would comment just wear whatever as during Ihram in Mecca all have to wear the same..thats so true.

August 7, 2014

deko meja makan / dining table decor

Saya memang berminat menghias rumah. Bila sembang ja pasti berbincang tentang apa nak le tak itu ini. Berbincang teori ni memang memberi semangat untuk buat duit cepat hehe yela bila praktikal ambil barang tu terus letak lagi puas.

Jadi saya letak dulu kaki lilin tembaga, lepas tu beli lilin warna hijau kerana hijau dengan warna bumi coklat meja makan tu rasa naik seri. Bila meja semata rasa tak da sambutan dari tepi kiri atau kanan, saya usung rak buku bawak ke meja makan belah hujung. Sebelah hujung satu lagi belum letak cermin berbingkai kayu.

Rasa lengkap skit :) seiringan dengan itu, chandlier putih mencerahkan bahagian makan.


I love decoring the house. When chating lead to discussing about what to put here and there. Theory discussion motivates me to make money asap hehe it relates well coz practically put the stuff could see result live and satisfied.

So I put first bras candle stand, then i bought green candle matches the earth colorvwooden table, stands out bit. When only table in the middle nothing at the side I find it bare and no frames or a corner of its own. I pushed books shelf to the side and thinking to put wooden frame mirror would complement the centre.

Feel almost almosr complete :) Btw the white chandlier to brighten the area.

August 6, 2014

Matlamat / Goal

Saya sudah mula bekerja. Saya adalah Pemegang Perniagaan Berdikari iaitu perniagaan Amway. Saya pilih untuk membina perniagaan ini kerana ingin memiliki pendapatan pencen dan pendapatan lebihan yang ditawarkan. Dengan cara ini kekufuran yang
 Raya 2014
berpunca dari kemiskinan akan terhampus. Saya berharap membina perniagaan ini sambil beribadah. Bersyukur kerana sudah mengguna produk amway bertahun-tahun lamanya dan menjadi seorang ahli yang memperbaharui keahlian sendiri tanpa disuruh.

Ada yang mengatakan membina  perniagaan untuk menambah pendapatan lebih baik dari berjimat.  Saya berjimat dengan memotong rambut sendiri dan memakai pakaian raya yang recycle, tetap ingin mempunyai pendapatan yang boleh memilih pilihan yang diberi seperti sekolah swasta atau tidak untuk anak-anak.

Yang saya amalkan tiada foto lama atau kebendaan yang telah tercapai masa lalu untuk saya bergantung hari ni. Tetapi sesetengah masih perlu. Matlamat untuk mendapat kebebasan kewangan untuk memajukan umah patut dilakukan.

August 3, 2014

raya decor / deko raya

baru mula belum selesai :)
rasa nak letak hadiah kat bawah pelita tu, nanti jadi isu ke?  #pelita

just started decoring the corner, not yet finished :) wanted to fil the floor with gifts, could it be an issue? #oil-lamps

August 1, 2014

ketenangan minda / peace of mind



cahaya malam bandar JB menarik perhatian Faiq. Katanya ternampak cahaya mercun dari jauh.

         Bila faiq di bandingkan dengan sepupunya, tanpa rasa ingin terangkan apa-apa, saya percaya faiq lebih mesra dan lebih berani berexpresi dengan descripsi. Mama, kat belakang rumah ni ada anak-anak kucing comel, ada masa lain Faiq tegur bapa ayam,,hey bapa ayam, saya ayam betina sambil berbunyi clark, clark!!!.ada kala juga, panggil sepupunya, hey boys!!! pula :)


english version
faiq attracted to the jb night lights he said. he saw fireworks light from far.

         When Faiq was compared with his cousin without having the need to explain anything, i believe that faiq is friendlier and brave to express with decription like, Mama, i saw cute kittens at this back yard and at another moment he even say "hey rooster, i am a chicken with making a sound clark clark!!!. at times call his cousins, Hey boys!!! :)


 * perasaan yang senang dipupuk adalah "percaya" sebelum melihat.
*;the feeling that is easy to nurture is "believe" before to see.